Ostematrix Shaklee Bukan Sekadar Kalsium

                                                             

Kenapa Kalsium Penting Dalam Tubuh Kita?

Kalsium bukan sekadar untuk menguatkan tulang dan gigi, tapi juga penting bagi proses-proses tubuh yang lain. Kalsium perlu sentiasa ada di dalam aliran darah kita bagi membolehkan ia menjalankan fungsi-fungsinya di bahagian lain di dalam tubuh kita. Kekurangan kalsium di dalam darah menyebabkan tubuh akan menggunakan atau mengambil kalsium daripada tulang. Jika ianya berterusan, kandungan kalsium dalam tulang akan berkurangan dan ini akan meningkatkan risiko Osteoporosis.

Kalsium boleh diperoleh dari sumber tertentu dalam diet harian kita, namun jumlah kalsium dalam keperluan harian biasanya sukar dicapai.


Manfaat Kalsium Dalam Tubuh
  • Menguatkan tulang dan gigi.
  • Mencegah Osteoporosis.
  • Mencegah penyakit jantung.
  • Melancarkan peredaran darah.
  • Mengurangkan sakit belakang.
  • Melegakan sakit pinggang.

Tanda-tanda Kekurangan Kalsium
  • Kekejangan otot.
  • Sakit bahagian sendi. 
  • Rasa kebas di kaki atau tangan.
  • Insomnia
  • Kuku rapuh
  • Paras kolestrol meningkat.
Kesan Kekurangan Kalsium
  • Osteoporosis
  • Penyakit jantung
  • Peningkatan gejala PMS 
  • Kesukaran menurunkan berat badan
  • Sistem Imun semakin lemah

Sumber Kalsium

Terdapat banyak sumber kalsium yang boleh kita perolehi, antaranya ialah keju, yogurt, sayuran hijau, buah pisang,  produk tenusu, susu, kekacang, ikan salmon dan banyak lagi.

Cara mudah untuk mendapatkan sumber kalsium yang mencukupi ialah dengan pengambilan tablet. Ostematrix membekalkan sumber kalsium yang terbaik. Malah ia bukan sekadar kalsium.


Ostematrix Shaklee

Ostematrix membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi. Selain kalsium, Ostematrix juga mengandungi Magnesium , Vitamin D dan mineral zink, tembaga dan managanese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik. Ostematrix tidak mempunyai perisa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

Apakah peranan Magnesium?

Magnesium juga penting dalam tubuh kita. Ia penting bagi organ seperti jantung, otot dan buah pinggang. Magnesium diperlukan bagi mengawal paras kalsium selain kuprum, zink, kalium, vitamin D dan pelbagai nutrien penting dalam tubuh. Magnesium akan memastikan Kalsium diserap bagi pembentukan tulang.

Apabila proses penegangan & pergerakan otot berlaku, kalsium diperlukan. Manakala magnesium diperlukan ketika proses pengenduran & merehatkan otot.  Oleh itu, keseimbangan berlaku.

Magnesium juga penting bagi mengaktifkan enzim-enzim yang membantu pencernaan yang baik. Selain menyerap dan menggunakan protein, lemak dan karbohidrat.

Apakah pula peranan Vitamin D ?

Vitamin D bersifat larut lemak. Ia membantu penyerapan kalsium ke dalam tulang. Ia juga penting bagi menguatkan tulang dan gigi. Kekurangan vitamin D meningkatkan risiko penyakit jantung. Selain itu vitamin D juga membantu menurun berat badan.

Untuk tempahan, sila hubungi no.yang tertera dibawah.

Atau


Terima Kasih  

Beauty&Health
Ms.Fiza 0193901309

Comments

Popular posts from this blog

Cara merawat dan hilangkan bekas gigitan kutu kucing pada badan kita

5 Kebaikan Melakukan Rawatan Muka (Facial)

Kepentingan menggunakan pencuci muka (Cleanser)